Friday, 25 April 2014

Hati ni rasa tak boleh duduk diam bila rindu ni mula terjah. rindu ni suka betul main terjah terjah. tahu tak hati ni perit je rasa kalau rindu ni sampai? kerinduan sangat ni


bila dapat jumpa awak? hmm raya ni mungkin. tapi awak tahu tak, nak menunggu sampai 3 4 bulan tu lamaaaaaaaa saaangaaattttt bagi saya! lamanya oiiiiiiii


boleh tak awak datang sini esok ke, minggu depan keeeee? pleaseeeeeee! *kelip kelip mata*


emmm untung sangat kalau awak baca kan entry saya yg ni kan.. :(




takpe lahh. saya memain je tu bila saya cakap nak jumpa awak esok atau next week. raya kang kita ketemu ye, sayangg! tak sabarnyaaaaaaaaaaaaaa..




byebye peeps
assalamualaikum
:)


Posted on 7:05 pm by Aina Zaihar

No comments

Wednesday, 23 April 2014






Masih lagi belum berapa sempurna sebab aku masih lagi tak jumpa template yg bebetul buat aku puas hati.. untuk beberapa hari ni, blog aku tak perfect lagi. harap bersabar :)



Posted on 9:44 pm by Aina Zaihar

No comments

Saturday, 19 April 2014

Assalamualaikum and hello there..

lambat pulak aku nak update cerita yg satu ni. 23rd March 2014 yg lepas tarikh yg agak keramat lahh jugak bagi aku. sebabnya? hahh ni yg nak cerita ni. time tu lahh hari konvokesyen aku.. I'm a diploma holder in Hotel Management and Catering. alhamdulillah! :)


Majlis Konvokesyen Politeknik Merlimau Melaka kali ke-13 berlangsung kat Dewan Platinum, Politeknik Merlimau Melaka (PMM). majlis konvo ni ada 3 sidang:

Sabtu, 22 Mac 2014
Sidang 1: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Jabatan Kejuruteraan Awam
Sidang 2: Jabatan Perdagangan

Ahad, 23 Mac 2014
Sidang 3: Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) & Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

aku ni dah tentu tentu lahh sidang 3, JPH. 

hari jumaatnya tu, 21st March aku kena pegi PMM untuk ambil jubah, rehearsal konvo, nak register semua bagai. tapi motif aku yg paling pentingnya nak jumpa girlfriends aku yg lagi dua org tu. siapa lagi kalau bukan LEENA dgn ANIS :) rindu kott. lama gila berbulan tak jumpa mereka oiiiiii! lepas settle ambil jubah tu semua, kami lepaking duluuuuuu. bercerita macam hape dahh memasing :) rindu koranggggg!




BELANJA GAMBAR SIKIT.. kehkehkehh

okay.. berbalik semula ke cerita aku yg tadi tu. pung pang pung pangg pung pang.. tetiba je dah hari ahad. dan tibalah hari keramat aku bersama sahabat seperjuangan aku selama 3 tahun belajar sesama sebagai pelajar diploma kat PMM ni. biasalahh kalau majlis yg penuh dgn adat istiadat bagai ni. kena berkumpul dulu, beratur sepanjang alam untuk kami jalan masuk ke Dewan Platinum. fuhhh masuk je dalam dewan tu, memg berdebar habis aku haa. apa motif aku berdebar pun tak tahu lahh. kehkehkeh! jejak je kaki ke dewan tu, amboihhhh! music kemain istiadat lagi haa *aku tak tau nak kata tu music yg mcm mana* 

lepas je jalan semua tu dgn muka selenga aku *sbb tudung time tu aku rasa spoiled gila* okay abaikan! HAHA. kami diminta untuk mengambil tempat kat tempat yg sepatutnya. dah settle semua student duduk kat tempat memasing, biasalah kalau ada lagu Negaraku, lagu negeri Melaka. lepastu dgn ucapannya lagi *okay bosan* 

dipendekkan cerita. line aku punya turn pulak untuk naik atas pentas. fuhh fuh fuhhh! berdebar sampai gigil kepala lutut aku haaaaaaaa *lap peluh* risau wehhh! dapat pulak akak tu kata "jalan baik baik dik. jgn tersadung". uiii dasat akak ni bg semangattt! HAHAHA. masa yg aku tunggu pun tiba. dengan bangganya aku dengar nama aku disebut, fuhh aku jalan naik pentas sikit punya sopan oii. kalah wanita melayu terakhir aku rasa! kehkehkeh :D lepas turun je tangga kat hujung pentas sana, berakhir lahh segala kecuakkan! 

aaaaa happynya aku rasaaaaaaaaaa! rasa mcm nak ulang naik pentas pun ada jugak. pung pang, pung pangggg.. majlis pun selesai. apalagi, keluar dewan, masa untuk ketemu family dan bergambarrrrrr! keluar je dewan, ramai gila family memasing menunggu. wahhhh ini bagus ini! seronok bangetttt :D aku pun tercangak cangaklahh cari mak, abah, along, abg ipar aku, adik adik aku & cik abg aku. ehehehe :)

bestnya bila sampai je kat mak abah semua, ada bunga tengah tunggu aku jugak! haaa ni yg iolls suka :) rasa nak nangis pun ada senonyaaaaaa..! okay, cerita pun dah habis. aku nak belanja gambar lagi. penat typing haa. tengoklahh gambar gambar ni semua yeeeeee.. :)

i'm a Diploma Holder :)




Paklong & Maklong pun datang jugaaaa :)


 terima kasih sbb datang! gua sayang lu lebih lahh <3

ada dua tudung berbeza? okay abaikan! ada banyak lagi gambar senonyaaaaa.. malam ni, ni je lahh yg mampu aku update. penat dah mata, tangan ni semua dari petang dok edit segala bagai kat blog aku ni.next post aku update yg tu pulakk yeeee :) 

byebye peeps
assalamualaikum..
:)




Posted on 9:18 pm by Aina Zaihar

2 comments

Wednesday, 16 April 2014

Assalamualaikum and hello there..

berabad lamanya lahai tak jenguk blog ni. aku stalk another bloggers yg lain pun memasing dah berzaman dah haa tak bukak blog sendiri. alahaii takkan update blog pun ada musim. ouhh mungkin memasing busy.. *bersangka baik* HAHA..

tahun 2014 dah berbulan lamanya dah menyinggah. kalau ikutkan, patutnya aku dah ada update entri yg baru. tapi masalah laptop problem, tu yg buat aku tak jengah jengah BabyBlog aku ni. kalau ikutkan lagi, baaaaaaaanyaaaaaaaakkkkkkk saaaaaaaangaaaaaaaaattttt storyssss yg patut aku update kat sini :) tu lahh. new life punya story kan. kalau ikutkan lagi dan lagi, meriah dah blog aku ni dgn memacam story..

ada yg sedih, sad, bahagia, happy, kecewa, dissapointed, menangis, crying.. haa memacam lagi lahh. tapi masalahnya tak dapat nak update. berbulan dah story tu. nak masuk setahun pun. nanti macam basi pulak kalau nak update. tapi story yg tersimpan rapi dalam palotak aku ni yg dah berbulan lamanya tu tak basi langsung lahh. fresh je aku rasa :)

next entri aku sambung lagi apa yg sedihnya, gembiranya tu semua lahh. memacam aku nak membebel ni :) new journey in  my life just begins..




sambung lagi nanti
byebye peeps
Assalamualaikum
:)


Posted on 9:40 pm by Aina Zaihar

No comments

Tuesday, 15 April 2014



Posted on 10:46 pm by Aina Zaihar

No comments