Daisypath Anniversary tickers

Saturday 29 December 2012

Assalamualaikum and hello there ..

Perempuan kaki bola? haa it's kinda weird ke bila dengar perempuan kaki bola, perempuan minat bola? i don't think so! :) sebab aku with myBESTIES memang boleh dikatakan kaki bola. haa minat gila dengan bola nihh! haaa faham kan di situ? :)

hati bola :D


aku ada dua storys pasal bola ni. jemput baca ye!


first story ..

dulu seriously aku malas gila nak ambil tahu pasal bola ni. lagi-lagi team MALAYSIA! erghhh aku rasa macam hapee lahh tengok bola ni. kalau aku tengok pun, confirm aku bantai gelak. bola yang satu pun nak kejar macam gila. time tu aku tak fikir rasional pun pasal bola ni. bagi aku, siapa yang tengok bola ni sangat lah rugi, sangat lah entah pape! memang aku pandang remeh je. tapi aku memang dah suka MANCHESTER UNITED! hehe. just kat team MALAYSIA lah aku kurang gila

bermulanya arena aku tengok bola ni bila kala aku dekat rumah aku, NEGERI SEMBILAN lahh. abah, mak, adik aku yang ariff tu memang kaki bola. perghhh semangat nau tengok bola! aku pun pelik. bila ada bola team MALAYSIA ni aku try untuk join diorang tengok match tu. tak kisah lahh match Liga Super Malaysia ke, Liga Premier Malaysia ke. aku try jugak untuk join diorang ni tengok match. mula-mula aku blur sebab aku tak kenal sangat pun player Malaysia ni. certain people je aku kenal :D lama kelamaan, aku pun jadi ketagih nak tengok match bola ni. haaa kan dah! penangan sungguh lahh mak abah adik aku ni -__- tapi seronok! dari situ lahh aku mula kenal player MALAYSIA ni :)


selamanya :)

team HARIMAU MALAYA :)

dah nampak kan player MALAYSIA kat atas ni. haaa semua tough-tough kan? sila gerun dengan team HARIMAU MALAYA ni okay! :)



second story ..

aku nak story pasal team lagi satu ni yang aku support memang gila-gila lahh! MANCHESTER UNITED :)


selalu di hati :)

mereka :)

aku minat MU ni memang dah lama. time aku primary school tak silap aku. memang peminat tegar lah! :) tapi dulu aku kurang dapat tengok match diorang ni. apatah lagi kenal player MU. susah sikit aku nak ingat. apa yang aku tahu dan aku ingat, aku memang SUPPORT MANCHESTER UNITED! tak pernah berubah dan tak pernah terfikir pun nak support team lain. AKU BUKAN LALANG OKAY! :) dah satu tu, satu je. tak perlu nak tukar-tukar ni semua bagai. kan kan?

saat paling gila-gila tengok match masa awal tahun 2012. time tu Barclays Premier League (BPL) 2011-2012. memang lincah gila lahh kitorang time tu. aku, leena dengan anis! haaa memang tak pernah miss aku rasa :) yelah, masa praktikal kan. tak fikir pun pasal assignment, test ke quiz ke apa pun. heaven je rasa! HAHAHA. port biasa apa lagi, Subaidah MITC lahh. haaa mapley favorite!

antara kitorang bertiga ni, just aku dengan anis je yang MU. leena pulak je yang chelsea. the only one lah konon! lain lahh kau leena :p tu yang selalu kena bahan tu kan. padan muka kau! HAHA

team ni memang selalu dah kan kena kutuk dengan supporters lain. dah biasa dah tu dan aku sangat tak hairan! HAHAHA. tapi yang aku tak boleh nak terima bila supporters team ni yang kutuk team MU ni. apa kejadahnya wehh korang?? nak kata player team ni main macam &*%$^*$#%@#!^& pulak. dan macam-macam lagi lah. takkan nak list kan pulak kan. hello kenapa perlu nak ngutuk pulak??? dah professional sangat ke korang nak jugde diorang bila diorang atas padang? ishh ishh! kasi lahh supoort yang berhemah sikit. barulahh syok kan. baru nampak yang kita ni betul-betul PENYOKONG TEGAR! jyeahhhh :D









tak kiralah team ni down ke tak ke. aku tetap dengan MANCHESTER UNITED aku ni. TAKKAN PERNAH BERUBAH. selamanya! GLORY-GLORY MANCHESTER UNITED a.k.a GGMU!! :)


*goodbye peeps
ASSALAMUALAIKUM :)


Posted on 7:17 pm by Aina Zaihar

2 comments

Tuesday 25 December 2012

Assalamualaikum and hello there :)

apa perasaan bila kita first time blind date? haaa seronok kan. cuak tu kalau pergi buat blind date dengan crush :D seronok sebab jumpa kakak sayang aku yang seorang ni. UMMI FATIHA ROSIDI nama dia :)

aku kenal akak yang cun melecun malatop ni kat mlife. social networking gak. lama tak bukak dah. tak tau apa cerita dengan mlife sekarang ni :D mungkin dah makin maju. HAHAHA. ontah lah jang oii!

sebelum aku kenal kak hanna ni, aku kenal dulu dengan sorang big bro aku ni. aku panggil dia RIE. nama yang panjang sikit CHEK PHARIE. haa mula aku tegur dia dulu, aku nampak mamat ni macam kemain lahh kereknya. takut-taku berani je nak tegur dia. HAHA. last-last contact punya contact, tukar lahh phone number dengan rie ni. kawan rapat gila dengan rie, then kenal pulak lahh dengan sorang akak cun ni. haa KAK HANNA aku lahh! :)

kitorang kawan time tu aku still SPM, form5 lahh kan. tahun 2009. haa sekarang dah 2012. 3tahun kawan barulah dapat jumpa kak hanna. tapi, chek pharie belum aku ketemu lagi!

tarikh aku dating kejap dengan kakak aku ni 16December2012 yang lepas. kebetulan kak hanna ada bagitahu aku yang dia sekarang kerja kat melaka. cantik sangat lah tu! dapatlah p dating dengan dia. sebelum ni plan punya plan aku nak datang lepak KL asyik tak dapat je. ada je halangannya. kalau tak, dapatlah aku gathering ramai-ramai dengan kaum kerabat rie dengan kak hanna. confirm best gilaaa!

bila dah kat melaka tu, aku pun tergerak lahh nak call kak hanna ni. kebetulan sungguh dia pun kat melaka jegak. yeayy! ada can nak dating. kejap pun jadilah kan. haa pastu kitorang pun jumpalah kat mcd DP. ehemm ehemm she's coming with someone lahh. kacak lagi! tak sempat pulak nak snap gambar curik-curik kan :D *alamak kantoi* HAHA. paling aku suka apa tau. kak hanna is a very talkative person! ouhhmyyy! serious aku suka dia <3 <3


kak HANNA, me and leena :)

kak, sorry lahh aina kurang bercakap time tu. hihi. rasa malu-malu tu still ada lagi. tapi, rasa nak peluk-peluk akak je time tu. seriously! hihi. tunggu nanti kita dating kali kedua, tiga, empat and so onnnn! haa time tu dah takde rasa malu dah :p

CHEK PHARIE, bila dapat jumpa rie pulak ni?? -__- HAHA. apa kata rie turun melaka. kita lepak sini sekali dengan kak hanna. dia kan lama kat sini :p


here they come! CHEK PHARIE bersama KAK HANNA :)

OUHH I AM REALLY SORRY BECAUSE I STEAL YOUR PICTURE WITHOUT YOUR PERMISSION. hehehe tak marah kan? kan kan kan? sayang korang lahhh! muahhx! nanti kita dating, aina nak snap banyak-banyak picture dengan korang. hope panjang umur and sempatlah aku jumpa MYBIGBRO and MYGORGEOUSSIS ni. amin aminnn! :')


okay guys. tunggu nanti aku punya entri yang lain pulak. nak membebel banyak-banyak lagi! :)

*byebyeee. assalamualaikum*

Posted on 10:51 pm by Aina Zaihar

No comments

mata panda?? awesome tak? :D

kalau kita kurang tido, haa mata panda lahh jadinya. nak tengok hasilnya? haa ni diaaaa :D


so, cukupkan lah rehat korang tu yee. tapi jangan terlebih rehat pulak :)

*tata peeps*

Posted on 1:02 pm by Aina Zaihar

No comments

Monday 24 December 2012

just a word for you

RINDU! :'(



Posted on 10:56 pm by Aina Zaihar

No comments

Disebabkan lama dah aku tak publish pape kat blog tersayang aku ni. aku nak post banyak-banyak hari ni :D

cuti dah nak dekat one week dah ni. aktiviti? hehh takde menda pun aku buat. tapi aktiviti yang lama aku tak buat, baru aku nak buat in this week. hehehe

pernah dengar word ni? KARAOKE!! confirm pernah kan? yeahh benda tu lahh aku nak buat nanti. makcik kesayangan aku yang sorang ni lah yang ajak aku. namanya AIN! haa dia ni pun sama kepala dengan aku. mula-mula aku ajak kau karok, perghhh! malu-malu lah konon. HAHAHA. takleh blah sungguh. kau tengok sekarang. haa lebih sudu dari kuah! :p

lama kott tak pegang mikrofon. last hari tu pun dalam bulan 8 ke 9 entah. dengan lagi sorang makcik kesayangan aku ni. LEENA! kat tempat lama mapley subaidah. dah bukak karaoke baru dah kat sana. not bad! tu lahh yg last. 2hours kott kitorang bedal. kan leena kan? :)


yeahh KOTAK HIJAU :)

this week nak pergi kat jusco. GREENBOX! tu tuuu yang kat atas tu. awesome doe kat sana. haaa 3hours just for rm10++. murah gilaaaaaaa! siap makan minum. rugi siapa yang tak try sana. ni nak pergi sana, dah mintak izin awal-awal kat mak aku. haaa ain! baik kan aku? wakaka. contohi lahh sahabat mu ini ye, cik ain :p

tapi yang sedihnya. hanya kami berdua sahaja yang pergi. apa lagi, driver tarak, bas lahh. yelah, masing-masing takde lesen lagi. HAHAHA. sedihhhh! imbau kembali di zaman persekolahan. haa bas lahh jadi perantaraan antara kami dengan jusco. sampai uncle bas pun naik kenal kitorang :D

kepada sesiapa pun yang mahu menjadi driver kami, atau kata sopannya nak join sekaki. sudi-sudilah contact aku ke ain ke ehh. ehh ehh? heeee. kami lagi menggalakkan lagi lahh gengBFF tu haaa. takkan duk rumah je kott, korang? ayooo. tak muda langsung lahh wehh :p

okay, tata! :)


*lagu apa yang aku nak bedal, dah ada list dah ni dalam kepala otak. walawehhh! mau balik-balik rumah je hilang terus suara aku. haa bahana karaoke! :D

Posted on 8:30 pm by Aina Zaihar

No comments



Tarikhhh.. hmm sesuatu yang sangat penting dalam hidup seseorang :)

20 February 2011. tarikh ni cukup bermakna bagi aku. seriously! even tarikh ni just the beginning of our friendship, ianya sangat besar bagi aku. kalau tak, aku tak kenal siapa kau. aku tak tau wujudnya orang yang macam kau ni. thanks alott sebab jadi kawan aku! aku sayang kau sampai bila-bila! :')

that's why i'm in love with FEBRUARY! forever..

Posted on 7:45 pm by Aina Zaihar

No comments

Monday 9 April 2012

Assalamualaikum and hello there ..

for today , aku nak share kan sikit lahh kan pasal perempuan . atau lebih molek lagi digelar dengan panggilan WANITA ! :) aku ada terbaca dekat website mana entah . aku pon tak berapa nak ingat sangat . content yang aku baca tu sangat lah menarik sebab article pasal wanita . tersenyum sorang baca article tu . meh sini mehh aku nak share kat korang . selamat membaca ! :)




Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah.
  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.
  2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
  4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
  5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
  6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap pria?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
  20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
  22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


*banyakkan ? untung sangat wanita ni . alhamdulillah ! :)

Posted on 4:54 pm by Aina Zaihar

No comments

Monday 26 March 2012

Assalamualaikum and hello there ..

haaa nampak title aku tulis tu ? ngeeee . memang penat kerja housekeeping nihh . lebih rela buat kerja F&B , rolling table banyak-banyak , angkat table banyak-banyak ! daripada buat kerja housekeeping yang seriously SANGAT MEMBOSANKAN ! buat badan aku penat jekk . lagi rela duduk kitchen berejam , biar badan lenguh pon takde hal lahh . kerja housekeeping lagi lahh teruk . buat aku rasa nak gilaaa ! :(




you know what , ni department yang last yang agak lama aku nak kena hadap . 56DAYS ! gilaaa ape ?? baru 3 hari dah lepas . ade lagi 53 hari ?? ohmaiiii ! sumpah aku tak larat ! sakit pinggang , sakit semua . sometimes tu rasa nak nangis jekk . yang buat aku pelik , staff kat situ steady jekk . ngeeeee ! ade lahh 2 3 orang budak baru lepas SPM kerja kat situ as a housekeeper . lama gak diorang bertahan . kalau aku , sorry lahh nak tahan lama-lama . memang baru 2 3 hari kerja , aku dah chow carik kerja lain dahh . penat , serious !

bila nak berakhir ni semua ?? aku tak larat ! erghhhhh~

but it's okay ! aku akan cuba untuk kuatkan hati , kuatkan semangat ! insya'allah semua ni tak lama je lagi kan . huhhh tapi lama lagi nak habiskan masa kat department nihh . kena buat-buat macam sekejap je nihh . chaiyokkkk aina ! :D *sejak bila guna CHAIYOK nihh*

*byebye peeps*

Posted on 12:39 pm by Aina Zaihar

No comments

Thursday 22 March 2012

Assalamualaikum and hello there ..

mata akan jadi PANDA pada esok hari ! hahahah . kenapa aku cakap macam nihh ? hehhh aku baru balik kerja 11pm tadi . teruslahh hang out dengan bestie aku dan budak-budak terencat ! HAHAHA . nak upload picture takde pulak kan . aku , eallyna bieber , kyra annysa , eyy raa , merul morales , dinie faliq dgn sorang kawan mereka :)


esok masok kerja 7am . haaa memang best ! :D tapi , takde hal lahh kan . sebab aku lepak dengan orang memang boleh masok kepala . sampai tengah malam pon takpe kan . kalau tak , memang taklahh kan nak lepak sama ! HAHAHA . lepak dengan orang yang takde pasal :D

lama punya pasal kan tak lepak . so , malam ni kasi balas dendam ! hahahahaha . kerja pagi , pon pagi lahhh . ade aku kesah ! dah lahh last FnB esok . lepas tu , masok housekeeping pulokk ! aiyakkk~ penat sungguh lahaiiii =,=''

time housekeeping , bila entah nak lepak . sedihh sedihhh ! *padahal , lagi lahh senang nak hang out kan* HAHAHAH

errr aku rasa , ape aku cerita malam nihh , macam takde motif kan ! ahh ape aku peduli . HARHARHAR :D

*byebye peeps*

Posted on 2:57 am by Aina Zaihar

No comments

Tuesday 20 March 2012

Assalamualaikum and hello there ..

lama dah tak berconteng-conteng kat dinding blog aku ni . dah masok 2012 kott . berhabuk balik lahh dinding blog ni ! :D

just nak share sikit je . aku masok kan gambar sikit dulu ye :)


nampak kan ape yang aku tulis tu ? ye , aku memang lagi suka berdiam diri ! tapi kenapa ramai yang salah anggap ? bila kita ni diam jek , mesti nak heboh kata macam ni . "haaa mestilah kau yang salah . diam je ! tak reti-reti nak back up diri sendiri" . hello , fatwa mana cakap kalau DIAM TU ERTINYA DIA BERSALAH ?? takde aku rasa . bila someone tu diam , banyak maknanya . mungkin dia tengah berfikir , malas nak cari gaduh , malas nak besar-besarkan hal dan banyak lagi lahh ! :)

seriously , aku tak suka nak besar-besarkan something yang bagi aku sangat lahh remeh . malas lahh . lagi-lagi , bukan salah aku ! apa seyhh ? lagi lahh aku malas nak ambik port . so , alternatif yang aku ambik hanyalah dengan BERDIAM DIRI . kan senang macamtu . takde yang akan rasa sakit hati ! yes , aku yakin akan itu . kita kan kena yakin dengan diri sendiri . kan kan kan ? :)

biarkan je lah ape yang orang luar nak cakap pasal aku , nak mengata aku ke ape ke . aku tak kesah . I DON'T CARE AT ALL ! :) lama-lama akan penat jugak mulut orang luar tu kan . at least , aku jugak yang tau ade orang care pasal aku . sebab asyik nak bercerita pasal aku je kan . HIHI . bersyukur sangat-sangat ! manelah pernah ade orang buat macamtu kat aku kan :)

ape yang aku tahu sekarang ni , aku nak teruskan hidup macam biasa . malas nak fikir masalah yang remeh sangat-sangat bagi aku . takde guna kan . seriously , buat kepala aku sakit . buat kepala aku semak ! aku nak buang jauh-jauh benda tu semua :)

aku akan pegang kata-kata aku tu sampai bila-bila ! :)




*byebye peeps*

Posted on 12:00 pm by Aina Zaihar

No comments